23:17

Sesungguhnya Kami telah ciptakan ke atas kamu tujuh jalan dan Kami tidaklah lalai terhadap ciptaan Kami
Q 23 : 17


Tujuh perkara yang membentuk kejadian manusia sehingga lengkap sempurna. Berdasarkan pemberitaan Quran berkaitan perkara tersebut iaitu Kombinasi tujuh perkara yang membentuk diri manusia sehingga manusia berkeupayaan menyebut ‘AKU’ atau ‘DIRI AKU’ [bagi yang sempurna akal/bertanggungjawab] susunan diri manusia di alam zahir merupakan 'Diri yang ditajallikan', iaitu diri yang dinampakkan atau diri yang dizahirkan. 

Diri yg ditajallikan ini adalah diri yang mengalami kebinasaan sebab berkadar [mati reput], oleh itu setiap manusia perlu pada diri tidak binasa iaitu diri yang baqa, sebab ghaib keadaannya baqa [kekal], dengan bahasa mudah diri yang baqa disebut diri sebenar diri, maka diri sebenar diri inilah perlu dimakrifatkan, perlu dikenal sebagaimana ungkapan daripada seorang sahabat nabi iaitu Yahya bin Muaz Al Razi, 'Barang siapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya'   [ من عرف نفسه فقد عرف ربّه ] .

Tujuh perkara ini [DIRI yang ditajallikan] sememangnya diberitakan pada manusia sudah pasti terdapat insan yang mampu menyusun diri tajli sehingga lengkap menepati dengan jumlah sepertimana dijelaskan melalui uslub Quran di atas. Jika mana-mana manusia menyusun diri tajli melebihi jumlah tujuh perkara atau tujuh jalan disebut 'Taraiq' [سبع طرائق] perlu tunjuk sebab, mengapakah jumlah yang disusun itu menjadi lebih?, begitu jua sebaliknya jika susunannya kurang daripada tujuh tolong tunjuk sebab, mengapa terjadi demikian?

Sebab jumlah tujuh diri yang ditajallikan ini bertebaran di alam syari’at [diadaptasikan pd amalan syari’at] yang ditunjuk oleh Baginda Rasul saw kemudian diterima oleh umatnya sebagai ibadat sama ada rukun, wajib atau sunat menurut nilaian fuqoha’ [ahli fekah/salafussoleh]. Tiada perkara tanpa didahului dengan sebab, setiap ibadat yang disyari’atkan oleh Baginda Rasul adalah terasas daripada diri yang ditajallikan, sebab perkara-perkara ini dapat dihitung dan disusun jumlahnya.