Epistemologi Ismail dan Ishaq
Apabila al Quran menukilkan kisah nabi Ibrahim secara implisit [mujmal]
menyebabkan penafsir Quran [mufassir] dan org Islam amnya berada dalam
keadaan tiada sumber bagi mendapatkan jalinan cerita dalam bentuk eksplisit [tafsili].
Berita mengenai nabi Ibrahim yg berbaur mitos mungkin dianggap tafsili hanya terdapat dalam Bible
sahaja. Maka tiada pilihan bagi ulama Islam klasik melainkan dikutip dan
diterima sebahagian kisah nabi Ibrahim menurut versi Bible [lihat qisosul
anbia oleh ibn kathir]. Akhirnya terbina pegangan org Islam berkaitan kisah
nabi Ibrahim sama seperti penganut Yahudi/Kristian tiada apa perbezaan. Sekadar
berlaku perselisihan mengenai anak nabi Ibrahim
manakah terlibat dgn peristiwa korban.
Kelonggaran mengutip berita dari
Bible [al kitab] mungkin berdasarkan sabda nabi Muhammad saw, rujuk hadis;
Janganlah kamu benarkan ahli kitab dan janganlah pula
kamu dustakan mereka dan katakanlah , kami beriman kepada Allah dan kepada apa
yang telah diturunkan kepada kami . [Riwayat Bukhari]
Baginda Muhammad lebih menitikberatkan kaji selidik
setiap berita yg diterima daripada ahli kitab. Jangan percaya sepenuhnya berita
yg disampaikan oleh mereka dan sebaliknya jangan pula sampai menolak sehingga
bagaikan tiada kebenaran langsung. Sebab kitab-kitab yg diturunkan kpd nabi
terdahulu juga merupakan wahyu Allah sebagaimana wahyu al Quran.
Menurut laporan Bible anak nabi Ibrahim adalah tunggal,
malangnya penganut Yahudi/Kristian merombak kalimat ‘tunggal’ tersebut dgn
kemunculan nama Ismail di samping Ishaq, lihat Bible;
Ismail ialah anak Abraham dan Hagar, perempuan Mesir, hamba kepada
Sara. [Taurat, Kejadian 25:12]
Tiada sentuhan al Quran mengenai detik awal kelahiran Ismail. Apabila susur
galur Ismail wujud dan menapak kukuh dalam dunia Islam maka bermula
kerancuannya. Di pihak Islam berteguh mendakwa Ismail yg dikorban sementara
pihak Kristian pula bermati-matian pertahan yg dikorban oleh nabi Ibrahim
adalah Ishaq. Lihat laporan Bible;
Tuhan berfirman, “Pergilah ke tanah Moria dengan Ishaq, anakmu
yang tunggal, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan
Kutunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan
hatiKu. [Taurat, Kejadian 22:2]
Kerana
beriman Abraham mempersembahkan anaknya Ishaq sebagai korban ketika
Tuhan menguji Abraham. Tuhan memberikan janjiNya kepada Abraham, namun Abraham
bersedia mempersembahkan anaknya yang tunggal sebagai korban. [Injil, Surat Ibrani 11:17]
Mengapakah Tuhan berkenan kepada nenek moyang kita Abraham?
Tuhan berkenan kepada Abraham kerana perbuatan Abraham iaitu mempersembahkan Ishaq
anaknya di atas mazbah sebagai persembahan kepada Tuhan. [Injil, Surat Yakobus 2:21]
Al Quran tdk menyebut nama anak nabi Ibrahim ketika memberitakan peristiwa
sembelihan, rujuk Q:
Maka ketika anak itu sampai
sanggup berusaha bersamanya, [Ibrahim] berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku
bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Lalu
anak itu menjawab, “Wahai bapaku! Lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu,
insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar”. Q 37:102
Pendekatan Al Quran tidak menyebut nama anak nabi Ibrahim secara
jelas/putus [ sarih/qat’ie ] ketika pemberitaan sembelihan menunjukkan
anak nabi Ibrahim adalah tunggal. Jika anak nabi Ibrahim bukan tunggal maka al
Quran pasti menyebut nama anak yg dikorban itu utk memisahkan dgn nama anak-anak
lain. Nama anak tunggal itu telah pun diperjelaskan oleh Al Quran melalui Q
37:112 [ Dan Kami beri khabar gembira dengan Ishaq sebagai nabi yang soleh
]. Bahkan Quran mengulangi pemberitaan detik awal kelahiran Ishaq di banyak
bahagian surah lain iaitu kedatangan tetamu menyampaikan berita gembira, rujuk Q
11:71, Q 15:53 dan Q 51:28. Detik awal
kelahiran Ismail tiada. Namun nama Ismail tetap
menjadi sebutan dalam kitab-kitab anbia selepas nabi Ibrahim sehingga al Quran juga turut
menyebut. Tanpa disedari al Quran telah membongkar misteri siapakah Ismail yg
telah kabur dimamah usia pemberitaan beribu tahun. Di sini didapati bahawa al Quran membenarkan kitab-kitab
yg diturunkan sebelumnya iaitu kebenaran laporan al Kitab sekadar bahawa anak nabi
Ibrahim berkeadaan tunggal, rujuk Q:
Sesungguhnya pada kisah-kisah
mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran
itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan [kitab-kitab]
yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat
bagi kaum yang beriman, Q 12:111
Kesilapan berlaku terhadap pengkaji Al Quran yakni mengambil maksud dua
peristiwa nabi Ibrahimm dgn cara berurutan [kronologi] pada surah as Saffat, iaitu
bermula Q 37:100 - 111 perihal kelahiran anak nabi Ibrahim [tdk disebut nama]
serta pengkisahan sembelihan sebagai peristiwa pertama. Kemudian disambung
peristiwa kedua iaitu bermula Q 37:112 – 113 berita kelahiran anak Ibrahim bernama
Ishaq. Keadaan ini memberi maksud Ishak lahir setelah berlaku peristiwa sembelihan
[Ismail]. Mengambil pengertian begini adalah tdk benar. Kerana berlaku biasan
sejak sekian lama di kalangan org Islam yg berpegang kisah nabi Ibrahim berorientasikan
versi Bible iaitu nabi Ibrahim mempunyai dua anak, Ismail dan Ishaq. Lalu anak yg tidak disebut nama itu dirujuk pd Ismail.
Ketunggalan anak nabi Ibrahim juga diimplisitkan serta diperkuatkan oleh
al Quran melalui permohonan [munajat] nabi Ibrahim kpd Allah bagi
mendapatkan anak yg soleh, rujuk Q:
Wahai Tuhanku, anugerahilah aku
anak termasuk dari golongan yang soleh, Q 37:100
Untuk memahami pengertian nabi tidak semudah menyebut perkataan nabi.
Sesiapa pun mampu menyebutnya namun sejauh manakah mereka yg menyebut nabi itu
mampu menjelaskan duduk perkara sebenar
erti kenabian. Bagaimanakah bibit permulaan
kenabian seseorang bermula sehingga bergelar nabi? Bagaimanakah terjadi wahyu kemudian
sampai kepada nabi? Adakah kenabian dimulai dengan tuntutan manusia atau
pemberian dari Tuhan tanpa dimulai oleh manusia? Gagal menguasai semua ini
bererti penjelasan Q 37:100 di atas tidak akan berjaya disingkap sepenuhnya.
Antara elemen-elemen penting perlu ada pd nabi iaitu akhlak serta sifat-sifat terpuji seperti jujur, ikhlas, amanah, adil, bertanggungjawab, sabar dan siddiq. Sifat terpuji ini sentiasa hidup dalam
diri dan tidak pernah terpisah dari akal kecuali sewaktu akal tidak berfungsi.
Jika terpisah dari akal bererti mereka kecundang dan gagal berada pd landasan
kenabian. Jauh sekali nama akan dicatat sebagai nabi dalam mana-mana kitab
[asli] yg diberikan kepada nabi kemudian.
Atas sandaran ini nabi tidak mudah meminta pd Tuhan selagi masih ada ruang
pilihan biar pun ruang sebesar lubang jarum. Sikap demikian memaparkan
ketinggian sifat terpuji hidup di sisi mereka. Keterangan Q 37:100 di
atas melaporkan nabi Ibrahim bermunajat bagi mendapatkan anak. Menunjukkan waktu
tersebut nabi Ibrahim berada pd garisan akhir iaitu keupayaan mengeluarkan
benih tertutup rapat. Tertutup pintu
zuriat bukan disebabkan faktor kemandulan isteri atau lain perkara, tetapi berpunca diri nabi Ibrahim sendiri. Jika Baginda berpeluang mengahwini wanita muda lagi subur namun benih tetap tidak menjadi anak. Apatah
lagi Al Quran menjelaskan isteri dan nabi
Ibrahim sendiri terlalu tua menyebabkan tiada ruang pilihan lain. Bermaksud
tempoh kadar benih zuriat nabi Ibrahim sudah luput [kadaluarsa]. Setelah
nabi Ibrahim berada pd zon luput benih lalu Baginda berdoa kpd Tuhan utk
dapatkan anak.
Jika nabi Ibrahim sudah mempunyai anak sebelum luput benih [contoh
Ismail], tiada kewajarannya Baginda memohon lagi sebab perbuatan tersebut
menyalahi sifat terpuji yg ada pada kenabian.[ Masakan sudah punyai anak
masih mohon utk dapat anak lagi, itu bukan sikap terpuji...] Munajat nabi
Ibrahim bagi memperolehi anak tidak bertujuan untuk mewariskan harta kekayaan. Hanya
dua tujuan besar, pertama disebabkan ketiadaan anak dan kedua bagi menyambung Kalam Tauhid yg
dibawa selama ini untuk generasi penerus. Sebab itu Baginda menyebut ketika dalam
munajat, ‘anak dari golongan yg soleh’. Melalui kesolehan sang anak
dapat menyambung Kalam Tauhid dan melalui kesolehan juga sang anak menjawab
kepada bapanya, “Wahai bapaku!
Lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapatiku
termasuk orang yang sabar”.
Berada pd zon luput benih menjadi faktor penyebab berita sampai kepada Baginda
serta isterinya mereka akan perolehi anak ‘alim lagi nabi. Munajat Baginda
diterima Tuhan atas sebab yg cukup besar. Apabila al Quran memberitakan
kedatangan ‘tetamu’ yg berupa utusan kepada nabi Ibrahim, di sini muncul
berbagai persepsi di kalangan manusia [ Islam mahu pun bukan Islam] yg
meneliti kisah nabi Ibrahim. Mufassir al Quran merujuk maksud ‘tetamu’ tersebut
adalah malaikat. Namun tiada ditemui wacana di kalangan mereka mengapakah
tetamu itu didatangkan dalam situasi zahir sebaliknya tidak dalam wahyu ghaib [bersifat
samawi] seperti pernah berlaku terhadap nabi Zakaria yg mengalami situasi
sama hingga akhirnya berjaya menurunkan zuriat Yahya [nabi]. Semua itu
bersebab tanpa didahului sebab tiada perkara yg terjadi.
Kedatangan tetamu merupakan mukjizat yg diperlakukan ke atas Baginda serta
isteri. Benih nabi Ibrahim serta isterinya telah dimukjizat di mana penulis sering menggunakan
ungkapan ‘benih yg dititip dengan Ilmullah yg berkudrat’. Titipan ini
hanya berlaku sekali sahaja, jika tiada titipan berlaku pd benih Baginda bererti
nabi Ibrahim berada dalam keadaan tiada anak sampai akhir hayat. Disebabkan berlaku titipan Ilmullah berkudrat pd benih
nabi Ibrahim maka tetamu yg menyampaikan berita gembira beri jaminan kepada
nabi Ibrahim bahawa anak itu soleh, ‘alim, sabar lagi nabi. Justeru, melalui
jalan apakah mahu bertegas bahawa nabi Ibrahim mempunyai anak lebih dari satu? Apakah
mukjizat boleh terjadi berulang kali ke atas benih nabi Ibrahim demi untuk meramaikan
anaknya?
Lalu, anak tunggal yg sifatnya terpuji seperti ‘alim, sabar dan soleh
ini diperintah oleh Tuhan Allah kpd nabi Ibrahim supaya tempatkan pd satu
tempat yg akan diberitahu kelak. Namun gaya pemberitaan al Quran tidak diperjelas
secara langsung perintah tersebut. Sebaliknya perintah Tuhan itu terlindung pd penjelasan
nabi Ibrahim kepada nabi Luth, iaitu pd kesempatan pertemuan mereka yg tidak
dirincikan al Quran, di mana? pd kesempatan mana? atau berbagai pertanyaan lagi
bebas diajukan. Jelasnya nabi Ibrahim menempatkan zuriatnya itu tidak dipengaruhi oleh
sebab-sebab lain seperti sifat cemburu isteri atau sebagainya melainkan semata-mata
atas perintah Tuhan secara mutlak, rujuk Q;
Maka Luth membenarkan [kenabian
Ibrahim]. Dan dia [Ibrahim] berkata, “Sesungguhnya aku harus berpindah ke
[tempat yg diperintahkan] Tuhanku, sungguh Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana,
Q 29:26
Sebab apa nabi Luth membenarkan kenabian nabi Ibrahim? Apakah sebelumnya
Luth tidak memperakui kenabian Ibrahim? Puncanya isteri Baginda Ibrahim hamil
pd usia luput benih. Semua itu membuktikan
kekuasaan Allah atas keluarga nabi Ibrahim. Kejadian luar biasa itu membuatkan
nabi Luth membenarkannya. Setelah nabi Ibrahim menemui tempat yg diperintah
Tuhan [tempoh jarak masa diambil Baginda tdk diberitahu al Quran kerana
semua itu bukan perkara pokok] , lalu nabi Ibrahim mengungkap dgn kata-kata
sedemikian, rujuk Q;
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
aku telah menempatkan dari keturunanku di lembah yang tidak mempunyai
tanam-tanaman di dekat rumah Engkau yang dihormati, wahai Tuhan Kami, agar
mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung
kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan agar mereka bersyukur,
Q 14:37
Terserlah sifat terpuji seorang nabi melalui ungkapan di atas, ‘agar
mereka mendirikan solat’ iaitu sifat tanggungjawab semoga zuriat yg
ditempatkan itu tergolong dari orang yg senantiasa mencari kebenaran kemudian menerimanya
[solat da im]. Terpancar begitu jelas tujuan nabi Ibrahim mendapatkan
anak adalah bagi menyambung Kalam Tauhid.
Kecuaian berlaku lagi terhadap peneliti kisah nabi Ibrahim iaitu pd saat
nabi Ibrahim menempatkan keturunannya di lembah tandus [tempat yg
diperintahkan Tuhan Allah]. Seperti dijelaskan kebanyakan penganut Islam
berpegang kuat versi Bible serta kerencaman pengkisahan oleh ulama klasik, bukti
lihat sedutan dari Qisosul Anbia [Ibn Kathir];
Ketika Hajar melahirkan
Ismail, kecemburuan Sarah mencapai kemuncaknya. Beliau menuntut Ibrahim as
supaya mengasingkan Hajar agar tidak dilihatnya. Maka Ibrahim as membawa Hajar
pergi bersama anaknya hingga sampai ke Mekah. Nabi Ibrahim meninggalkan mereka
di tempat yang asing sekali. Dikatakan bahawa ketika itu Ismail sedang
menyusu.Apabila Ibrahim as hendak meninggalkan mereka dan mula beranjak pergi
dari tempat itu, Hajar bangkit dari tempat duduknya lalu memegang pakaian
Ibrahim. Hajar berkata: “Ibrahim kamu hendak pergi ke mana meninggalkan kami di
sini, pada hal kami tidak mempunyai bekal apa-apa?” Ibrahim tidak menjawab.
Ketika Hajar merungut mengenai tindakan Ibrahim yang tidak memberi jawapan itu,
maka Hajar bertanya pula: “Apakah Allah yang memerintahkan ini?” Ibrahim
menjawab: “ya” Lalu Hajar berkata: “Kalau begitu kami tidak akan disia-siakan”
Periwayat mendakwa Ismail sedang menyusu ketika nabi
Ibrahim menempatkan mereka. Begitu jua dialog
Hajar dengan nabi Ibrahim siapakah bertanggungjawab melapornya? Mungkin terdapat orang ketiga yg menyertai
bersama Nabi Ibrahim ketika Baginda menempatkan isteri dan anaknya? Apakah terdapat
ciri-ciri sifat terpuji seorang nabi melalui pengkisahan ini? Lihat pula
laporan Bible [Taurat fasal Kejadian Bab 21, 9-21];
Pada suatu hari Ismael
anak Abraham dan Hagar perempuan Mesir itu sedang bermain dengan Ishak anak
Sara. Sara nampak hal itu lalu berkata kepada Abraham, “Usirlah hamba perempuan
ini bersama anak lelakinya. Anak hamba perempuan ini tidak boleh mendapat
bahagian daripada hartamu yang akan diwarisi anak lelakiku, Ishak”. Hal itu
sangat menyusahkan hati Abraham kerana Ismael anaknya juga. Tetapi Tuhan
berfirman kepada Abraham, “Janganlah bersusah hati kerana hambamu Hagar dan
anaknya itu. Buatlah apa yang disuruh oleh Sara kepadamu kerana melalui Ishak engkau akan mendapat
keturunan yang sudah Aku janjikan itu. Aku juga akan mengurniakan banyak anak
cucu kepada anak Hagar, supaya mereka menjadi suatu bangsa, kerana dia anakmu
juga. Awal pagi esoknya, Abraham memberikan makanan dan satu kirbat kulit berisi
air kepada Hagar. Dia meletakkan budak itu pada belakang Hagar dan menyuruhnya
pergi dari situ. Lalu Hagar berangkat dan mengembara di padang gurun Bersyeba. Apabila
air dalam kirbat sudah habis, Hagar meletakkan anaknya di bawah belukar. Lalu
pergi duduk kira-kira 100 meter dari tempat itu. Dia berkata dalam hati, “Aku
tidak sanggup melihat anakku mati”, lalu dia menangis. Allah mendengar suara
Ismael dan dari langit malaikat Tuhan berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau
susahkan Hagar? Jangan takut Tuhan sudah mendengar tangisan anakmu”. Pergilah
kepada anakmu, angkatlah dan tenangkan dia. Aku akan menjadikan keturunannya
suatu bangsa yang besar”. Kemudian Tuhan membuka mata Hagar sehingga dia nampak
sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberikan
minuman pada anaknya.Tuhan menyertai Ismael, anak itu bertambah besar, dia
tinggal di padang gurun Paran dan menjadi pemburu yang mahir. Ibunya
mengahwinkan dia dengan seorang wanita Mesir.
Metode nabi Ibrahim melaksanakan perintah Tuhan supaya menempatkan zuriatnya
itu dijelaskan serta dapat dikutip melalui ungkapan Baginda sendiri, rujuk Q;
رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَہۡوِىٓ إِلَيۡہِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ
رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَہۡوِىٓ إِلَيۡہِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
aku telah menempatkan dari keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat
rumah Engkau yang dihormati, wahai Tuhan Kami, agar mereka mendirikan solat,
maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah
mereka rezeki dari buah-buahan agar mereka bersyukur, Q 14:37
Kalimah ‘zurriyati’ [ ذُرِّيَّتِى ] diterjemah ke bahasa Melayu memberi maksud ‘keturunanku’
. Lazimnya maksud keturunan merujuk pd anak cucu cicit iaitu kesinambungan
generasi ke generasi. Namun begitu adakalanya perkataan zuriat dirujuk dengan
maksud benih baka. Jika dalam konteks kejadian manusia maksud zuriat lebih
terjurus pada pengertian nutfah serta ketika dalam proses kandungan [hamil].
Sebagai panduan lihat ketika al Quran memperihalkan awal kejadian manusia di
mana perkataan zuriat menjadi pilihan sebutan pd uslubnya, rujuk Q;
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ
Dan
[ingatlah wahai Muhammad] ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak
Adam [turun-temurun] dari [tulang] belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi
terhadap diri mereka sendiri, [sambil Dia bertanya dengan firmanNya]: Bukankah
Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar [Engkaulah Tuhan kami], kami
menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:
Sesungguhnya kami adalah lalai [tidak diberi peringatan] tentang ini, Q 7:172
Setelah kandungan lahir perkataan zuriat tidak digunakan, sebaliknya
perkataan ‘waladun’ [ وَلَـدٌ ] menjadi
pilihan sebutan sebagai menunjukkan anak sudah terpisah dari kandungan. Kata tunggal [ مفــرد ] ‘waladun’ atau
‘waladi’ [ وَلَـدٌ /
وَلَـدِيْ ] bermaksud ‘anak’
atau ‘anakku’, sementara kata jamak ‘aulaadun’ [ أَوْلَادٌ
] bermaksud ‘anak pinak’. Lihat pendekatan al Quran ketika mengisahkan
anak pinak yang telah lahir, rujuk Q;
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَن تُغۡنِىَ عَنۡهُمۡ أَمۡوَٲلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُهُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬اۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ وَقُودُ ٱلنَّارِ
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَن تُغۡنِىَ عَنۡهُمۡ أَمۡوَٲلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُهُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬اۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ وَقُودُ ٱلنَّارِ
Sebenarnya
harta benda orang-orang kafir dan juga anak-pinak
mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari [azab seksa] Allah
sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api Neraka, Q 3:10
Dengan demikian perkataan ‘zurriyati’ melalui
ungkapan nabi Ibrahim Q 14:37 ‘aku telah menempatkan zuriatku’ menunjukkan Baginda bukan menempatkan
isteri dan anak yg sudah lahir. Sebaliknya Baginda menempatkan isterinya yg
masih hamil. Bermaksud anak nabi Ibrahim yang tunggal itu ditumpah darahkan di
bumi tandus dalam ertikata memulakan kehidupan di lembah yang tidak mempunyai
sebarang kehidupan [ بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ ].
Episod Ibrahim, isteri serta anak tunggal [Ishaq] mereka
sebenarnya sedang dalam tugas, melaksanakan perintah Tuhan yg mana setiap
peristiwa kejadian diperlakukan atas mereka
mengandungi mesej simbolik menceritakan semula detik awal bagaimanakah manusia
bermula dan berada di dunia. Begitu jua setiap lingkungan peristiwa yg terjadi sebagai
menandakan bibit permulaan amalan syari’at akan zahir. Contoh, peristiwa
sembelihan anak tunggalnya terdapat kaitan dengan pengertian ghaib dan zahir yg
kemudiannya dijadikan amalan syari’at oleh keturunannya [amalan kurban disyari’atkan
oleh Muhammad]. Seterusnya pembinaan tugu iaitu Ka’bah semua ini
mengandungi isyarat-isyarat tertentu untuk manusia yg mempunyai ketinggian akal
iaitu orang yg senantiasa mencari
kebenaran kemudian menerima kebenaran yg ditemui [solat da im]. Justeru,
semua peristiwa ini dirumuskan sebagai ‘suhuf’ yg diberikan kepada nabi
Ibrahim, rujuk Q;
إِنَّ هَـٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ
إِنَّ هَـٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ
Sesungguhnya [keterangan-keterangan yg dinyatakan] ini ada [disebut] di dalam kitab-kitab terdahulu, Q 87:18
صُحُفِ إِبۡرَٲهِيمَ وَمُوسَىٰ
Iaitu
kitab nabi Ibrahim dan nabi Musa, Q 87:19
Hakikat yg tidak dapat dinafikan zaman
kehidupan nabi Ibrahim manusia buta tentang tulisan dan erti kenabian. Sedang
kenabian itu berkait rapat dengan ghaib iaitu suatu di luar jangkauan inderia
manusia. Menyebabkan kenabian Baginda Ibrahim tidak tersebar dengan meluas di
tengah masyarakat. Nabi Ibrahim menjadi
gah dan masyhur setelah kemunculan nabi-nabi kemudian yg mengkisahkan semula mengenai
Baginda melalui jalan wahyu. Sebaliknya bukan atas dasar fakta sejarah yg mana
sejarah tidak berkeupayaan menyingkap hal-hal berkaitan dalaman diri seseorang
nabi secara tuntas. Begitu jua sejarah tidak mampu merakam setiap detik
pergerakan manusia bergelar nabi yg terpisah dengan jarak waktu ribuan tahun.Bilamana
wahyu memberitakan semula detik peristiwa nabi terdahulu kepada nabi yg datang
kemudian maka berlaku penambahan oleh
pengikut terhadap berita yg didengari. Akhirnya kisah-kisah nabi terdahulu yg sampai
melalui jalan wahyu menjadi samar serta hilang tujuan asalnya iaitu sebagai
pengajaran buat generasi kemudian.
Menurut pendekatan wahyu al Quran nama
Ismail muncul bersama nabi Ibrahim sewaktu pembinaan Ka’bah, rujuk Q;
Dan
[ingatlah], Kami menjadikan rumah [ka’bah] tempat berkumpul dan tempat yg aman
bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat solat. Dan telah Kami
perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, “bersihkanlah rumahku untuk orang-orang
yg tawaf, orang yg iktikaf, orang yg ruku’ dan orang yg sujud”, Q2:125
Dan
[ingatlah], ketika Ibrahim meninggikan asas Baitullah bersama Ismail, lalu
berdoa, “wahai Tuhan kami terimalah amalan kami, sungguh Engkaulah Yang Maha
Mendengar, Maha Mengetahui, Q 2:127
Didapati kemunculan nama Ismail oleh al Quran iaitu pd situasi menunjukkan Ismail
berada peringkat matang sebaliknya nama Ismail tidak pernah dimunculkan oleh al
Quran pd peringkat pramatang. Lihat gaya penyampaian al Quran berkaitan Ismail,
rujuk Q;
Dan
ceritakanlah [wahai Muhammad] kisah Ismail di dalam Kitab [al Quran]. Dia
benar-benar seorang yang benar janjinya, seorang rasul dan nabi, Q 19:54
Dan
dia menyuruh keluarganya untuk [melaksanakan] solat dan [menunaikan] zakat, dan
dia seorang yang diredai di sisi Tuhannya, Q 19:55
Justeru, nama Ismail tidak seperti nama
Ishaq di mana Ishaq diberitakan pd awal kelahiran sahaja. Keadaan ini
menunjukkan anak tunggal nabi Ibrahim itu menanggung dua nama iaitu ISHAQ alias
ISMAIL. Setelah anak tunggal nabi Ibrahim iaitu Ishaq mencapai usia dewasa
terutama pd waktu anak tunggal ini terlibat dengan urusan-urusan besar seperti
pembinaan Ka’bah baginda tidak lagi dikenali dengan nama Ishaq, sebaliknya baginda
dikenali dengan nama Ismail. Masyarakat yg terbentuk oleh suku Jurhum di lembah
tandus [Bakkah/Lembah Paran] lebih mengenali anak tunggal itu dengan
panggilan Ismail pd saat beliau meningkat matang. Fakta sejarah tidak dapat
dibuktikan lagi mengenai perkara ini melainkan kesimpulannya diambil melalui
pendekatan wahyu al Quran. Sebab itu didapati sewaktu anak tunggal nabi Ibrahim
masih bernama Ishaq baginda tidak banyak terlibat dengan urusan besar
sebagaimana sewaktu anak tunggal ini bernama Ismail. Bahkan al Quran langsung tidak
memberitakan kelibat Ishaq selepas kelahiran terutama sewaktu Ishaq mencapai usia
dewasa.