Soalan-Soalan Yang Sukar I


Persoalan sepenuhnya di sini..



1. BAGAIMANAKAH KITA BISA MENGETAHUI BAHAWA SEGALA ILMU YANG TELAH KITA KUASAI SELAMA INI ADALAH BENAR?


Ilmu bermaksud pengetahuan dalam sesuatu perkara sama ada perkara dunia [berkaitan perkara zahir] mahupun perkara akhirat [berkaitan perkara batin atau ghaib]. Ilmu pengetahuan hanya terletak pada akal yang mampu berfikir secara sempurna. Setiap akal dianugerahkan pada manusia bermula dengan sifar, iaitu secara tradisinya akal dalam keadaan kosong belum terjana untuk berfikir sesuatu perkara. Setelah akal mengalami tempoh kematangan bermulalah akal berfikir dalam sesuatu perkara untuk membuat keputusan. Sama ada BENAR atau TIDAK cara berfikir dan keputusan yang diambil semua itu perlu pada pembuktian. 

Di antara ilmu berkaitan akhirat salah satunya Ilmu makrifat [Epistemologi] merupakan ilmu yang mengkaji tentang pencipta alam serta manusia. Bermula di peringkat teori [pengajian/pembelajaran] sehingga ke peringkat praktikal [amalan yang diperlihatkan] keseluruhannya memerlukan keterangan. Sebahagian besar di kalangan manusia hanya bergantung pada teori akal [mungkin dalam sangkaan] terhadap ilmu makrifat yang dikuasai. Hakikatnya akal tidak mampu memberi keputusan ke atas ilmu  makrifat yang tertitip melalui jalan fikir melainkan ianya diputuskan oleh pencipta akal itu sendiri sama ada benar atau pun tidak.

Disebabkan tiada keupayaan akal dalam hal ini [jahil] maka setiap nabi diberi hidayah [disebut wahyu] untuk memutuskan ilmu [pengetahuan menyalahi kebenaran] yang tersimpan pada akal mereka sebelum ini. Peringkat awal Ilmu pengetahuan golongan anbia yang tersimpan pada akal mereka adalah melalui orientasi masyarakat setempat iaitu menyembah berhala. Oleh kerana kekuatan akal mereka menolak perbuatan tersebut [budaya ilmu pengetahuan tentang menyembah berhala], maka datanglah pertunjuk kebenaran dari Allah, rujuk Quran; 
        
48:1
Sesungguhnya Kami telah buka kepadamu [wahai Muhamad] dengan pembukaan [ghaib] yang jelas lagi nyata, Q 48:1   
     
48:2
Supaya Allah mengampuni [memperbetulkan] kesilapan engkau [pengetahuan tidak benar yang tersimpan pada akal] yang telah lalu dan yang akan datang. Dan Dia menyempurnakan nikmatNya kepada engkau. Dan ditunjukiNya engkau kepada jalan yang lurus, Q 48:2


Oleh demikan untuk mengetahui ilmu yang dikuasai selama ini benar atau tidak, seluruh umat Muhamad tiada pilihan lagi melainkan perlu kembali merujuk Kitab Quran yang diberikan kepada Baginda Muhamad. Peringkat permulaan merujuk dalam ertikata membandingkan ilmu makrifat yang dikuasai selama ini dengan makrifat yang ditunjuk melalui Quran. Sebab Quran membimbing manusia ke jalan yang lurus, paling tidak manusia yang merujuk keterangan dari Quran menghampiri kebenaran. Mudah-mudahan dengan kekuatan tuntutan yang lahir dari seseorang menyebabkan perkara ghaib itu dibuka padanya bagi meng'ia'kan kebenaran ghaib yang pernah datang suatu ketika dahulu pada setiap anbia. Serentak dengan itu ianya bertindak sebagai bukti kebenaran ilmu makrifat yang dikuasai sebelum ini.    

catatan: 
Mengenai dua uslub Quran 48:1&2 yang dijadikan panduan di atas hampir keseluruhan terjemahan dan tafsiran yang ada berasaskan syari'at. Sementara terjemahan/tafsiran yang penulis paparkan itu adalah tafsiran berasaskan makrifat, oleh itu tafsiran sepertimana dipaparkan di atas teramat sukar untuk ditemui. Walau bagaimana pun semua itu adalah berdasarkan hak kemampuan masing2 untuk memutuskan dua maksud uslub tersebut.   



2. APAKAH RAHSIA-RAHSIA YANG ADA DI SEBALIK ILMU YANG TELAH KITA KUASAI SELAMA INI? 


Seseorang yang menuntut serta mempelajari suatu bidang kemudian dapat menguasainya ditakrifkan berilmu atau orang tersebut memiliki ilmu. Penguasaan seseorang terhadap ilmu makrifat yang berkait rapat dengan pengetahuan tentang kebatinan [ghaib] kemudian dapat menghuraikannya menepati sepertimana diberitakan Quran juga diterima sebagai berilmu. Bahkan orang berilmu [ilmu tentang makrifat] mendapat pengiktirafan di sisi Allah sebagaimana firmanNya; 

35:28
Dan demikian [pula] di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan haiwan-haiwan ternakan, ada yang bermacam-macam warnanya [jenisnya]. Di antara hamba-hamba Allah itu yang takut kepadaNya, hanyalah para ulama [mereka yang mengetahui tentang Allah]. Sesungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Pengampun, Q 35:28



Menunjukkan ulama iaitu orang yang menguasai sebahagian pengetahuan tentang ghaib [Allah] adalah di antara mereka yang benar-benar takut [taqwa] kepada Allah. Takutnya mereka pada Allah disebabkan mereka mengetahui apakah itu ghaib [memperolehi bukti ghaib], sebab itu firman Allah menjelaskan bahawa orang beriman dan bertaqwa apabila diperkatakan tentang Allah [ghaib] hati mereka rasa gementar kerana ketakutan, rujuk Quran;

8:2
Sesungguhnyaorang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah [perkara berkaitan Allah dan ghaib] gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka [kerananya], dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal Q 8:2

sekiranya golongan ini tidak memiliki bukti ghaib sesekali mereka tidak akan merasa gementar hanya diri mereka sahaja yang tahu ketakutan tersebut. Berbeza satu golongan lagi takut pada Allah hanya semata-mata disebabkan mereka tidak tahu apakah itu ghaib [tiada bukti ghaib diperolehi]. Akibat tidak tahu apakah sebenarnya berlaku selepas mati maka ketakutan [tidak dinamakan taqwa] itu muncul di sisi golongan ini. 

Hakikatnya tiada apa rahsia di sebalik ilmu [ilmu makrifat/mengenal diri] yang dikuasai seseorang terutama mereka yang benar-benar bergelar wali dan karamah di sisi Allah. Atau digelar ulama sepertimana penjelasan Q 35:28 di atas. Sebaliknya rahsia itu hanya wujud pada golongan yang tidak kesampaian dalam pendakian mereka di bidang ilmu makrifat [tidak mustahil mereka yg mendakwa sebagai guru atau tok guru palsu]. Mereka inilah yang beranggapan bahawa terdapat rahsia di sisi Allah atau di sisi ilmu makrifat. Sebab mereka tidak memperolehi bukti ghaib, sepertimana bukti ghaib yang pernah diperolehi oleh golongan anbia. Apabila golongan yang tidak kesampaian ini cuba juga berbicara dalam bidang makrifat maka hasilnya jadi tidak menentu, lahir berbagai anggapan menyalahi kebenaran yang datang bersama bukti ghaib pada manusia.  

Kemungkinan antara perkara tidak diketahui tentang Allah dianggap sebagai rahsia oleh golongan ini. Perkara tersebut sebenarnya terhalang disebabkan kejahilan akal. Sekiranya seseorang berjaya sampai ke peringkat binasa akal [bab diri] maka saksikanlah ghaib yang datang menjamah dirinya  itu. Tiada apa-apa rahsia lagi pada waktu tersebut, sememangnya Allah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu tentangNya, rujuk Quran; 



96:5
                                      [Allah] yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya, Q 96:5 



setelah akal manusia yang dibinasakan tadi dikembalikan semula berada pada kedudukan akal seperti biasa maka berceritalah pada manusia yang mahu mendengar, tiada apa-apa rahsia di sebalik ilmu makrifat yang diperolehi melalui anugerah Allah tersebut.  







0 comments:

Catat Ulasan